Selasa, 13 April 2010

Perkembangan Ilmu Penulisan Di Zaman Rasulullah

Pada zaman Rasulullah s.a.w, berlakulah peperangan di antara org muslim dgn kaum Quraisy, peperangan tersebut dikenali dgn perang Badar. Dalam perang tersebut tentera Rasulullah berjaya menawan 70 orang tentera Quraisy. Baginda telah menetapkan ke ats setiap tawanan itu untuk menebus diri dengan harta, dan bg sesiapa yg tidak mampu utk menebus dirinya dengan harta tetapi mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang penulisan maka hendaklah mengajar 10 kanak-kanak Madinah. Tentera tersebut tidak akn dibebaskan sebelom kanak-kanak Madinah tamat pengajian mereka. Dengan itu, ilmu penulisan menjadi tumpuan di Madinah dan tersebar ke seluruh pelusuk negara Islam dengan cepat seiring dengan penyebaran Islam dan negeri jajahan takluk yg diperintah oleh umat Islam.
Rasulullah sendiri mempunyai 40 penulis wahyu. Pemimpin-pemimpin Islam berusaha keras untuk mengembangkan ilmu penulisan ini ke serata pelusuk dunia agar sekelian manusia sedar bahawa Islam dan Ilmu adalah berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan dan sesungguhnya Islam adalah satu-satunya agama yang berusaha untuk meningkatkan taraf kemanusiaan ke puncak ketinggian dan kemuliaan....








SEJARAH TULISAN KHAT



Berkata para Ulamak : Khat yg dipelajari oleh Harb dan diajarkannya kpd kaum Quraisy adalah Khat al-Anbari al-Hiri dan dikenali sebagai khat al-Hijazi setelah ianya dibawa ke Hijjaz. Khat inilah yg digunakan oleh penulis-penulis dalam urusan surat menyurat dan penulisan syair-syair dan lain-lain sehinggalah kedatangan Islam, lalu digunakan untuk menulis wahyu. Khat ini diguna dalam Suhuf Abu Bakar, Suhuf Ustman. Manusia zaman itu, berterusan menggunakan khat ini dalam menulis mushaf dan lain-lain sehinggalah kerajaan Islam berjaya menakluk bandar-bandar dan kota-kota. Sebahagian penulis-penulis itu telah pergi ke Kufah dan telah memperelokkan khat Arab  sehinggalah dikenali dgn nama Khat Ahli Kufah untuk membezakan dgn Khat Hijazi. sejak itu, dikenali dgn Khat Kufi dan ditulis di mushaf-mushaf dan lain-lain.















Setelah itu, khat Arab semakin berkembang dgn usaha pakar-pakar khat untuk memperbaiki dan memperelokknnya. Mereka itu ialah Qutbah al-Muharrar, adh-Dhahak b. 'Ajlan dan Ishak b. Hammad. Qutbah telah berjaya mencipta khat baru yg berasaskan Khat Kufi dan Khat Hijazi. Khat baru ini merupakan gabungan Khat Kufi dan Khat Hijazi. Khat ini telah dijadikan asas penulisan yg digunakan sekarang. Pada zaman kerajaan Abasiyyah, perkembangan khat arab berjalan seiring dgn perkembangan ilmu-ilmu yg lain. dalam zaman keemasan ini, kemajuan ini tercapai dgn usaha seorang menteri yg agung Abi Ali Muhammad b. Muqlah. dengan kepandaian dan kebijaksanaan beliau, beliau telah berjaya menyempurnakan apa yg telah dimulakan oleh Qutbah dalam usaha mengubah penulisan Arab dari bentuk Khat Kufi kpd bentuk yg digunakan sekarang. beliau juga telah mencipta pelbagai bentuk khat arab dengan bermacam-macam pecahannya sehingga tidak tercakap banyaknya!















Selepas Abi Ali Muhammad, Ali Hilal al-baghdadi yg digelar dengan gelaran Ibnul Bawwab mengikuti jejak Ibnu Muqlah. Beliau telah mengambil inisiatif untuk memperbaiki dan mengubah serta mengemaskan kaedah-kaedahnya agar bertambah indah dan cantik dipandang....



Para ulamak dan penulis di setiap zaman dan di setiap kota menunjukkan minat yang mendalam trhadap ilmu ini serta berlumba-lumba dalam memperelokkan dan memperkemaskan lagi susunan sehingga mereka berjaya sampai ke puncak kemajuan dan kemahiran sebagaimana yang kita lihat pada hari ini...Wallahu a'lam....