1. Ibnu majah meriwayatkan hadis dari Ibnu Mas’ud, “ Berubatlah kalian dengan dua ubat, iaitu madu dan Al-Quran.”
2. Beliau juga meriwayatkan dari hadis Ali, “ Sebaik-baik ubat adalah Al-Quran.
Berikutan daripada itu juga Abu Ubaid meriwayatkan dari Thalhah bin Musharrif, “Diceritakan bahawa jika Al-Quran itu dibacakan di hadapan orang yang sakit,maka dia dapat menemukan keringanan pada waktu itu.”
3. Ibnu Marwaih meriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa, “Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw dan dia berkata aku merasakan sakit pada dadaku, lalu Rasulullah saw menyarankannya membaca Al-Quran krn Allah Taala berfirman الصدور في لما وشفاء (Yunus:57)
4. Khasiat Surah Al-Fatihah
• Baihaqi meriwayatkan dari hadis Abdullah bin Jabir, “ Pada surah Al-Fatihah itu terdapat ubat bagi segala penyakit,”
• Dipetik dari Kitab Al-Fawa’idnya dari hadis Jabir bin Abdullah, “ Fatihatul kitab itu ubat bagi segala penyakit, kecuali penyakit sam, dan penyakit sam adalah kematian.”
• Ada riwayat lain mengatakan “ Fatihatul Kitab itu ubat dari racun.”
• Dari Bukhari juga meriwayatkan dari hadisnya bahwa, Pada suatu ketika kami berada dalam perjalanan, kemudian datang seorang jariah dan berkata “ Sesungguhnya pemimpin kaum ini digigit ular, maka siapakah di antara kalian yang dapat meruqyah( membersihkan racun)? Maka ada seorang laki-laki yang meruqyahnya dengan Ummul Quran, kemudian pemimpin itu sembuh. Maka hal ini disampaikan kepada Rasulullah, Rasulullah saw berkata “Apakah dia tahu bahawa Surah itu dapat menjadi ruqyah”.
• Thabrani meriwayatkan “Rasulullah saw meminta perlindungan untukku dengan Fatihatul Kitab dengan cara meludahi”
• Al-Bazzar meriwayatkan dari hadis Anas “ Jika kamu hendak tidur dan kamu membaca Fatihatul Kitab dan Qul Huawallahu Ahad, maka kamu aman dari segala sesuatu kecuali kematian”.