Rasulullah s.a.w telah diutuskan kpd suatu umat yg trkenal dgn sifat 'Ummiyyah' yg bererti buta huruf serta tidak tahu kaedah kira mengira.
Di Semenanjung Tanah Arab hanya segelintir sahaja yang tahu membaca termasuklah beberapa belas org dari kaum Quraisy dan beberapa org di Madinah dan sekitar negara Arab yang terdiri daripada kaum Yahudi. Mereka ini tahu membaca dan menulis sebelum Baginda s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul.
Antara mereka ini termasuklah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Utsman, Saidina Ali bin Abi Talib, Abu Sufyan bin Harb, Talhah b.Ubaidillah, Muawiyah b.Abu Sufyan, Aban b.Said dan al-'Ala' b. Muqri.Mereka ini adalah penduduk Mekah.
Manakala daripada penduduk Madinah pula termasuklah Umar b. Said, Ubai b Kaab, Zaid b Tsabit, al- Mandar b Amru juga seorang Yahudi yang mengajar kanak-kanak menulis.
kenapa bangsa Arab ketika itu digelar dengan gelaran 'Ummah Ummiyyah' kerana adalah disebabkan kurangnya penyebaran ilmu penulisan di seluruh Semenanjung Tanah Arab. Apabila Islam muncul, Allah sendiri yg memberi gelaran itu kepada mereka berdasarkan Firman Allah swt yang bermaksud :
:" Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan org2 ( Arab) yg ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri yang membacakan kpd mereka ayat-ayat Allah ( yg membuktikan kkuasaan Allah dan kebesaran Nya) dan membersihkan mereka ( dari 'iktikad yang sesat) serta mengajarkan mereka kitab Allah ( Al-Quran) dan hikmat( pengetahuan yg mendalam mengenai hukum syarak) Dan sesungguhnya mereka sebelom kedatangan Nabi Muhammad itu dalam kesesatan yang nyata.
Timbul persoalan di sini, siapa yang menjadi guru, mengajar kaum Quraisy ini membaca dan menulis. Yang termasyhur di sisi Sejarawan adalah Harb bin Umaiyah b Abd Syams ( bapa kpd sahabat yg bernama Abu Sufyan. beliau banyak membuat pelayaran di luar negara untuk berdagang, maka semasa bermusafir la beliau belajar membaca dan menulis lalu apabila pulang ke tanah air, mengajar pula kepada penduduk Mekah (org2 Quraisy). Dari tgn beliau lah, tulisan khat arab mula-mula sekali dipelajari. Para Sejarawan berselisih pendapat siapa yg mula2 mengajar Harb b Umaiyah, ada yg mengatakan Abdullah b Jud'an dan ada pula yg mengatakan Bisyr b Abdul Malik.
Unta, haiwan yang boleh hidup di padang pasir!
Piramid adalah binaan orang-orang Kuno Mesir pada zaman pemerintahan Firaun. Di dalamnya adalah mayat Firaun serta ahli keluarganya yang telah diawet, dikuburkan bersama adalah segala harta Firaun. Mesir merupakan negara sebahagian daripada Semenanjung Arab.
Al-Imam ad-Dhani telah menyatakan dgn sanadnya yg berakhir kpd Ziyad b. An'am, katanya : " Aku telah berkata kpd Abdullah b. Abbas dan kaum Quraisy: adakah kamu masa zaman jahiliyyah pernah menulis dgn menggunakan huruf-huruf arab ini, menggabung apa yg tergabung dan menceraikan apa yg tercerai, ejaan dgn alif, lam, mim, potong dan sambung seperti yang ditulis pada hari ini ?Jawab Ibnu Abbas,"Ya". Lalu aku bertanya lagi: "Siapakah yg mengajar kamu menulis? jawabnya: Harb b.Umaiyah. Tanyaku lagi, "siapakah yg telah mengajar Harb b Umaiyah? Jawabnya: " Abdullah b. Jud'an" . Aku bertanya lagi, " Siapa pula yg mengajar Abdullah? Jawabnya : Penduduk negeri Anbar. Tanyaku : " Siapa pula yg mengajar mereka itu? Jawabnya : " Seorang perantau yg dtg dr negara Yaman." Tanyaku, "Siapa pula yg mengajar perantau itu? "Jawabnya: "al-Khaljan b. al-Muham". Beliau ini adalah penulis wahyu Nabi Hud a.s.
Riwayat yg kedua mengatakan yang menjdi guru kepada Harb adalah Bisyr b. Abd Malik. Kisahnya diriwayatkan oleh Al-Kalbi daripada Awwamah bhw beliau berkata: " Orang yg mula-mula menulis khat ialah Maramir b. Murrah, Aslam b. Sidrah, Amir b. Judrah. Mereka ini ialah org Arab Thai'. Mereka meempelajarinya dari jurutulis wahyu Nabi Hud a.s kemudian diajar kepada penduduk Anbar. daripada merekalah tersebar ilmu penulisan di Iraq, Hirah dan lain-lain. Lantas dipelajari Bisyr b. Abd Malik, saudara kepada Akidar b.Abd Malik ( raja Daumatul Jandal). Oleh krn Harb b.Umaiyah selalu datang berdagang ke Iraq maka terjalinlah persahabatan antara Harb dan Bisyr.Daripada Bisyr la Harb mempelajari ilmu penulisan dan mengajar pula kepada org2 Quraisy. Tidak lama kemudian Bisyr telah mengikut Harb pulang ke Mekah dan berkahwin dgn ank perempuan Harb yg bernama as-Sahba'. Sekumpulan org2 Arab mempelajari tulisan daripada beliau. Semenjak daripada itu, makin bertambahlah bilangan mereka yang pandai menulis dari kaum Quraisy sebelum kemunculan agama Islam.