Selasa, 13 April 2010

Perkembangan Ilmu Penulisan Di Zaman Rasulullah

Pada zaman Rasulullah s.a.w, berlakulah peperangan di antara org muslim dgn kaum Quraisy, peperangan tersebut dikenali dgn perang Badar. Dalam perang tersebut tentera Rasulullah berjaya menawan 70 orang tentera Quraisy. Baginda telah menetapkan ke ats setiap tawanan itu untuk menebus diri dengan harta, dan bg sesiapa yg tidak mampu utk menebus dirinya dengan harta tetapi mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang penulisan maka hendaklah mengajar 10 kanak-kanak Madinah. Tentera tersebut tidak akn dibebaskan sebelom kanak-kanak Madinah tamat pengajian mereka. Dengan itu, ilmu penulisan menjadi tumpuan di Madinah dan tersebar ke seluruh pelusuk negara Islam dengan cepat seiring dengan penyebaran Islam dan negeri jajahan takluk yg diperintah oleh umat Islam.
Rasulullah sendiri mempunyai 40 penulis wahyu. Pemimpin-pemimpin Islam berusaha keras untuk mengembangkan ilmu penulisan ini ke serata pelusuk dunia agar sekelian manusia sedar bahawa Islam dan Ilmu adalah berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan dan sesungguhnya Islam adalah satu-satunya agama yang berusaha untuk meningkatkan taraf kemanusiaan ke puncak ketinggian dan kemuliaan....








SEJARAH TULISAN KHAT



Berkata para Ulamak : Khat yg dipelajari oleh Harb dan diajarkannya kpd kaum Quraisy adalah Khat al-Anbari al-Hiri dan dikenali sebagai khat al-Hijazi setelah ianya dibawa ke Hijjaz. Khat inilah yg digunakan oleh penulis-penulis dalam urusan surat menyurat dan penulisan syair-syair dan lain-lain sehinggalah kedatangan Islam, lalu digunakan untuk menulis wahyu. Khat ini diguna dalam Suhuf Abu Bakar, Suhuf Ustman. Manusia zaman itu, berterusan menggunakan khat ini dalam menulis mushaf dan lain-lain sehinggalah kerajaan Islam berjaya menakluk bandar-bandar dan kota-kota. Sebahagian penulis-penulis itu telah pergi ke Kufah dan telah memperelokkan khat Arab  sehinggalah dikenali dgn nama Khat Ahli Kufah untuk membezakan dgn Khat Hijazi. sejak itu, dikenali dgn Khat Kufi dan ditulis di mushaf-mushaf dan lain-lain.















Setelah itu, khat Arab semakin berkembang dgn usaha pakar-pakar khat untuk memperbaiki dan memperelokknnya. Mereka itu ialah Qutbah al-Muharrar, adh-Dhahak b. 'Ajlan dan Ishak b. Hammad. Qutbah telah berjaya mencipta khat baru yg berasaskan Khat Kufi dan Khat Hijazi. Khat baru ini merupakan gabungan Khat Kufi dan Khat Hijazi. Khat ini telah dijadikan asas penulisan yg digunakan sekarang. Pada zaman kerajaan Abasiyyah, perkembangan khat arab berjalan seiring dgn perkembangan ilmu-ilmu yg lain. dalam zaman keemasan ini, kemajuan ini tercapai dgn usaha seorang menteri yg agung Abi Ali Muhammad b. Muqlah. dengan kepandaian dan kebijaksanaan beliau, beliau telah berjaya menyempurnakan apa yg telah dimulakan oleh Qutbah dalam usaha mengubah penulisan Arab dari bentuk Khat Kufi kpd bentuk yg digunakan sekarang. beliau juga telah mencipta pelbagai bentuk khat arab dengan bermacam-macam pecahannya sehingga tidak tercakap banyaknya!















Selepas Abi Ali Muhammad, Ali Hilal al-baghdadi yg digelar dengan gelaran Ibnul Bawwab mengikuti jejak Ibnu Muqlah. Beliau telah mengambil inisiatif untuk memperbaiki dan mengubah serta mengemaskan kaedah-kaedahnya agar bertambah indah dan cantik dipandang....



Para ulamak dan penulis di setiap zaman dan di setiap kota menunjukkan minat yang mendalam trhadap ilmu ini serta berlumba-lumba dalam memperelokkan dan memperkemaskan lagi susunan sehingga mereka berjaya sampai ke puncak kemajuan dan kemahiran sebagaimana yang kita lihat pada hari ini...Wallahu a'lam....

History: Tulisan Arab

Rasulullah s.a.w telah diutuskan kpd suatu umat yg trkenal dgn sifat 'Ummiyyah' yg bererti buta huruf serta tidak tahu kaedah kira mengira.
Di Semenanjung Tanah Arab hanya segelintir sahaja yang tahu membaca termasuklah beberapa belas org dari kaum Quraisy dan beberapa org di Madinah dan sekitar negara Arab yang terdiri daripada kaum Yahudi. Mereka ini tahu membaca dan menulis sebelum Baginda s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul.
Antara mereka ini termasuklah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Utsman, Saidina Ali bin Abi Talib, Abu Sufyan bin Harb, Talhah b.Ubaidillah, Muawiyah b.Abu Sufyan, Aban b.Said dan al-'Ala' b. Muqri.Mereka ini adalah penduduk Mekah.
Manakala daripada penduduk Madinah pula termasuklah Umar b. Said, Ubai b Kaab, Zaid b Tsabit, al- Mandar b Amru juga seorang Yahudi yang mengajar kanak-kanak menulis.
kenapa bangsa Arab ketika itu digelar dengan gelaran 'Ummah Ummiyyah' kerana adalah disebabkan kurangnya penyebaran ilmu penulisan di seluruh Semenanjung Tanah Arab. Apabila Islam muncul, Allah sendiri yg memberi gelaran itu kepada mereka berdasarkan Firman Allah swt yang bermaksud :

:" Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan org2 ( Arab) yg ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri yang membacakan kpd mereka ayat-ayat Allah ( yg membuktikan kkuasaan Allah dan kebesaran Nya) dan membersihkan mereka ( dari 'iktikad yang sesat) serta mengajarkan mereka kitab Allah ( Al-Quran) dan hikmat( pengetahuan yg mendalam mengenai hukum syarak) Dan sesungguhnya mereka sebelom kedatangan Nabi Muhammad itu dalam kesesatan yang nyata.

Timbul persoalan di sini, siapa yang menjadi guru, mengajar kaum Quraisy ini membaca dan menulis. Yang termasyhur di sisi Sejarawan adalah Harb bin Umaiyah b Abd Syams ( bapa kpd sahabat yg bernama Abu Sufyan. beliau banyak membuat pelayaran di luar negara untuk berdagang, maka semasa bermusafir la beliau belajar membaca dan menulis lalu apabila pulang ke tanah air, mengajar pula kepada penduduk Mekah (org2 Quraisy). Dari tgn beliau lah, tulisan khat arab mula-mula sekali dipelajari. Para Sejarawan berselisih pendapat siapa yg mula2 mengajar Harb b Umaiyah, ada yg mengatakan Abdullah b Jud'an dan ada pula yg mengatakan Bisyr b Abdul Malik.
Unta, haiwan yang boleh hidup di padang pasir!

Piramid adalah binaan orang-orang Kuno Mesir pada zaman pemerintahan Firaun. Di dalamnya adalah mayat Firaun serta ahli keluarganya yang telah diawet, dikuburkan bersama adalah segala harta Firaun. Mesir merupakan negara sebahagian daripada Semenanjung Arab.


Al-Imam ad-Dhani telah menyatakan dgn sanadnya yg berakhir kpd Ziyad b. An'am, katanya : " Aku telah berkata kpd Abdullah b. Abbas dan kaum Quraisy: adakah kamu masa zaman jahiliyyah pernah menulis dgn menggunakan huruf-huruf arab ini, menggabung apa yg tergabung dan menceraikan apa yg tercerai, ejaan dgn alif, lam, mim, potong dan sambung seperti yang ditulis pada hari ini ?Jawab Ibnu Abbas,"Ya". Lalu aku bertanya lagi: "Siapakah yg mengajar kamu menulis? jawabnya: Harb b.Umaiyah. Tanyaku lagi, "siapakah yg telah mengajar Harb b Umaiyah? Jawabnya: " Abdullah b. Jud'an" . Aku bertanya lagi, " Siapa pula yg mengajar Abdullah? Jawabnya : Penduduk negeri Anbar. Tanyaku : " Siapa pula yg mengajar mereka itu? Jawabnya : " Seorang perantau yg dtg dr negara Yaman." Tanyaku, "Siapa pula yg mengajar perantau itu? "Jawabnya: "al-Khaljan b. al-Muham". Beliau ini adalah penulis wahyu Nabi Hud a.s.
Riwayat yg kedua mengatakan yang menjdi guru kepada Harb adalah Bisyr b. Abd Malik. Kisahnya diriwayatkan oleh Al-Kalbi daripada Awwamah bhw beliau berkata: " Orang yg mula-mula menulis khat ialah Maramir b. Murrah, Aslam b. Sidrah, Amir b. Judrah. Mereka ini ialah org Arab Thai'. Mereka meempelajarinya dari jurutulis wahyu Nabi Hud a.s kemudian diajar kepada penduduk Anbar. daripada merekalah tersebar ilmu penulisan di Iraq, Hirah dan lain-lain. Lantas dipelajari Bisyr b. Abd Malik, saudara kepada Akidar b.Abd Malik ( raja Daumatul Jandal). Oleh krn Harb b.Umaiyah selalu datang berdagang ke Iraq maka terjalinlah persahabatan antara Harb dan Bisyr.Daripada Bisyr la Harb mempelajari ilmu penulisan dan mengajar pula kepada org2 Quraisy. Tidak lama kemudian Bisyr telah mengikut Harb pulang ke Mekah dan berkahwin dgn ank perempuan Harb yg bernama as-Sahba'. Sekumpulan org2 Arab mempelajari tulisan daripada beliau. Semenjak daripada itu, makin bertambahlah bilangan mereka yang pandai menulis dari kaum Quraisy sebelum kemunculan agama Islam.

Sabtu, 10 April 2010

خواص القرآن

1. Ibnu majah meriwayatkan hadis dari Ibnu Mas’ud, “ Berubatlah kalian dengan dua ubat, iaitu madu dan Al-Quran.”


2. Beliau juga meriwayatkan dari hadis Ali, “ Sebaik-baik ubat adalah Al-Quran.

Berikutan daripada itu juga Abu Ubaid meriwayatkan dari Thalhah bin Musharrif, “Diceritakan bahawa jika Al-Quran itu dibacakan di hadapan orang yang sakit,maka dia dapat menemukan keringanan pada waktu itu.”

3. Ibnu Marwaih meriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa, “Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw dan dia berkata aku merasakan sakit pada dadaku, lalu Rasulullah saw menyarankannya membaca Al-Quran krn Allah Taala berfirman الصدور في لما وشفاء (Yunus:57)



4. Khasiat Surah Al-Fatihah

• Baihaqi meriwayatkan dari hadis Abdullah bin Jabir, “ Pada surah Al-Fatihah itu terdapat ubat bagi segala penyakit,”

• Dipetik dari Kitab Al-Fawa’idnya dari hadis Jabir bin Abdullah, “ Fatihatul kitab itu ubat bagi segala penyakit, kecuali penyakit sam, dan penyakit sam adalah kematian.”

• Ada riwayat lain mengatakan “ Fatihatul Kitab itu ubat dari racun.”

• Dari Bukhari juga meriwayatkan dari hadisnya bahwa, Pada suatu ketika kami berada dalam perjalanan, kemudian datang seorang jariah dan berkata “ Sesungguhnya pemimpin kaum ini digigit ular, maka siapakah di antara kalian yang dapat meruqyah( membersihkan racun)? Maka ada seorang laki-laki yang meruqyahnya dengan Ummul Quran, kemudian pemimpin itu sembuh. Maka hal ini disampaikan kepada Rasulullah, Rasulullah saw berkata “Apakah dia tahu bahawa Surah itu dapat menjadi ruqyah”.

• Thabrani meriwayatkan “Rasulullah saw meminta perlindungan untukku dengan Fatihatul Kitab dengan cara meludahi”

• Al-Bazzar meriwayatkan dari hadis Anas “ Jika kamu hendak tidur dan kamu membaca Fatihatul Kitab dan Qul Huawallahu Ahad, maka kamu aman dari segala sesuatu kecuali kematian”.

KOSA KATA AL-QURAN-مفردات القرأن

Sesungguhnya Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa:

- Ayat Al-Quran yg lebih mulia adalah
(الله لا اله الا هو الحي القيوم -البقرة: 255)

-Ayat Al-Quran yg paling banyak hukum adalah :
 (ان الله يأمر بالعدل والأحسان وايتاء ذى القربى- النحل: 90)

-Ayat Quran yg complete (mencakupi) adalah:
( فمن يعمل مثقال ذرة خيرأ يرة* ومن يعمل مثقال ذرة شرأ يرة- الزلزلة7-8)

- Ayat Quran yang paling mengabarkan berita yang menyedihkan adalah :
( من يعمل سوءا يجزبه- النساء : 123)

- Ayat Quran yang paling penuh pengharapan adalah :
 ( قل يا عبادي الذين اسرفوا على انفسهم- الزمر: 53)

-Ayat Quran yg paling adil adalah :
 ( ان الله يأمر بالعدل والاحسان- النحل : 90)

- Ayat Quran yg paling menghakimi adalah :
 ( فمن يعمل مثقال ذرة خيرأ يرة* ومن يعمل مثقال ذرة شرأ يرة- الزلزلة)

-Ayat dalam Quran yang menjelaskan tentang yang baik dan buruk adalah :
( ان الله يأمر بالعدل والأحسان وايتاء `ذى القربى- النحل )

- Ayat yg lebih mulia dalam memberikan solusi adalah di dalam surah Az-Zumar iaitu :
قل يا عبادي الذين اسرفوا على انفسهم- الزمر: 53
- Ayat yg menjelaskan tentang penyerahan diri adalah ;
(ومن يتوكل على فهو حسبه : الطلاق)
 
- Ayat yg paling menakutkan di dalam Al-Quran adalah :
( فمن يعمل مثقال ذرة خيرأ يرة* ومن يعمل مثقال ذرة شرأ يرة- الزلزلة)



Ayat yang paling diharapkan telah diperselisihkan menjadi lebih sepuluh pendapat iaitu :

1. Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud :
 ( قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله : الزمر: 53)

2. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas
 ( أولم توءمن قال بلى: البقرة: 260)

3. Diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib
 ( ولسوف يعطيك ربك فترضى: الضحى: 5)

4. Diriwayatkan oleh Ali bin Hussein
 ( ان الله لا يغفر أن يشرك به : النسأ : 48 )

5. Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak
 ( ولا يأتل أولوا الفضل منكم والسعة................ألا تحبون أن يغفرالله لكم : النور: 22)

6. Diriwayatkan oleh Abu Usman  An-Nahdi
 ( وأ خرون اعترفوا بذنوبهم خلطوا عملا صا لحا واخر سينا : التوبة : 102)

7. Diriwayatkan oleh Abu Jaafar An Nahhas
 ( فهل يهلك الا القوم الفاسقون : الأحقاف: 35)

8. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas
 ( وان ربك لذوا مغفرة للناس على ظلمهم : الرعد: 6)

9. Pendapat Imam Syafie
 ( يتيما ذا مقربة * أو مسكينا ذا متربة : البلد : 15-16 )

10 . ( قل كل يعمل على شا كلته شك : الأسرأ : 84 )

11. ( انا قد أوحى الينا أن العذاب على من كذب وتولى: طه : 48)

Ayat yang paling keras untuk penghuni neraka adalah :

( فذوقوا فلن نزيدكم الا كذب : النبأ : 40)

Ibnu Mas'ud meriwayatkan: Di dalam Al-Quran , tidak ada ayat yang paling menghinakan daripada ayat ini :
( لولا ينهاهم الربا نيون والأحبار عن قولهم الأثم وأكلهم السحت : المائدة : 63)

Ayat yang paling sukar dari segi hukum, makna dan i'rabnya adalah :

( يأيها الذين أمنوا شهادة بينكم..........: المائدة: 106)

Surah yg paling panjang adalah surah Al-Baqarah, Surah yang paling pendek adalah surah Al-Kautsar, Ayat yang paling panjang adalah ayat tentang hutang, Ayat yang paling pendek adalah والضحى dan والفجر dan kalimah paling panjang adalah          (فأ ستقيناكموه : الحجر : 22 )

Sabtu, 3 April 2010

Ulum Al-Quran : SUMPAH

Ibnul Qayyim menulis tentang hal ini di dalam sebuah kitabnya sendiri pada satu jilid dengan nama At Tibyan.

Tujuan sumpah adalah untuk menegaskan suatu berita dan menguatkannya sehingga mereka menjadikan firman Allah berikut sebagai sumpah

والله يشهد ان المنافقين لكاذبون



1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

Meskipun pada ayat ini hanya disebutkan sebuah kesaksian,kerana hal itu untuk menegaskan berita itu,sehingga ia dapat disebut sebagai SUMPAH

Seseorang itu tidak boleh bersumpah kecuali dengan menggunakan nama Allah.

Allah telah bersumpah di dalam Al-Quran dengan diriNya sendiri pada 7 tempat iaitu:

-قل اي وربي انه لحق - يونس:53
-  
 -قل بلي وربي لتبعثن ثم لتنبؤن بما عملتم-التغابون:7

  -فوربك لنحشرنهم والشياطين - مريم: 68

فوربك لنسألنهم أجمعين-الحجر: 92

فلا وربك لا يؤمنون حتي يحكموك فيما شجر بينهم- النسأ: 65

فلا أقسم برب المشارق والمغارب- المعارج: 40

وقال الذين كفروا لا تأتينا الساعة قل بلي وربي لتأتينكم- سبأ:3



Selainnya adalah sumpah Allah dengan makhluk-makhlukNya seprti firman Allah :

(والطين والزيتون),(والشمس) ,(واليل ,(والضحي



MASALAH

Jika dikatakan bagaimanakah Allah bersumpah dengan para makhluk padahal telah dijelaskan adanya larangan untuk bersumpah dengan selain menggunakan nama Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang bersumpah selain Allah maka sesungguhnya kufur/syirik-Riwayat At-Tirmizi.

Kami berkata: pertanyaan ini dijawab dari pelbagai sisi iaitu:

Pertama ; Ada mudhaf yang dibuang,maksudnya adalah “ Demi Tuhan buah Tin dan Demi Tuhan Matahari

Kedua: Sesungguhnya bangsa Arab mengagungkan semua ini dan semua itu dijadikan sebagai sumpah. Maka Al-quran turun dengan menggunakan apa yang mereka kenal.

Ketiga: Sumpah-sumpah hanya dengan menggunakan sesuatu yang diagungkan oleh orang yang bersumpah,yang kedudukannya lebih mulia. Sedangkan Allah menempati posisi di atas segala sesuatu, tidak ada yang lebih tinggi dariNya. Oleh sebab itulah Allah kadang-kadang bersumpah dengan diriNya sendiri dan sometimes dengan ciptaan-ciptaanNya because semua itu menunjukkan kepada Allah is a Pencipta!

Para ulamak berkata: Allah SWT bersumpah dengan Rasulullah SAW pada FirmanNya:

(         لعمرك                  )

72. Demi umurmu (Wahai Muhammad), Sesungguhnya mereka membuta tuli Dalam kemabukan maksiat mereka.

Tujuannya agar manusia mengetahui keagungan Allah dan kedudukannya di sisi Allah.

Abul Qassim Al-Qusyairi berkata: “Sumpah dengan Sesuatu hal itu tidak terkeluar dari dua hal : Boleh jadi kerana keutamaan seperti, Firman Allah

وطور سينين , وهذا البلد ألأمين

2. Dan Gunung Tursina,

3. Serta negeri (Makkah) Yang aman ini, -



Dan boleh jadi kerana manfaat seperti Firman Allah:

والتين والزيتون

1. Demi buah Tiin dan Zaitun,

Pendapat yang lain berkata: Allah bersumpah dengan 3 hal :

1) Dengan dirinya( Dzatnya)

فوربك لنحشرنهم والشياطين

2) Dengan perbuatannya ( bifi’lihi)

والسمأ وما بناها , والأرض وما طحاها , ونفس وما سواها

3) Dengan hasil perbuatannya ( bimaf’ulihi)

والطور وكتاب مسطور