Hari ni,aku berjalan kaki ke kelas,sorg diri,tanpa teman. hajatku nak naik tut tut ttpi rase malas pulak nak tahan.so aku teruskan berjalan kaki ke maahad sambil jari gengam duit LE1 untuk wat tmbg tut tut.
sambil2 berjalan,sambil fikiranku menerawang memikirkan anakku di Malaysia,Mesir n Malysia beratus ribu jaraknya,aku pom xpasti,jauh tu.perjalanan aku ke maahad kira2 2 minit atau lebih,sepanjag jln mmg sebuk dgn pelbagai manusia n kedai2,jalannya sempit ttpi pelbagai kenderaan yg bergerak,sungguh menyesakkan pandangan n otak.cuaca sejuk masih lg menyelubungi mansurah.
aku memperhatikan setiap deretan kedai,mataku tertumpu pd toy shop,or gift shop. aku bercadang untk membeli sesuatu buat ankku yg trsyg.tak semena-mena perasaanku jd hiba n sedih,aku sgt2 rindukan bayiku,sedang aku asyik melayan prasaan sedihku(nasib tak menitis air mata) datang seorang budak pempuan arab yg xsilap aku umor dlm 6@7 tahun kepadaku sambil menadah tgnnya ke arahku,rupa2nya dia mahu memberi makanan kepadaku,jajan yg diletakkan kat tapak tgnnya lalu dihulurkan kpdku. aku menolak dgn lembut sbb aku dah lewat ke maahad.
Perkaitan citer ni juga aku teringat juga pd Rafiq anak pasangan mutazawwijin kat mansurah ni,pertama kali jumpa dia,dia terus menerpa ke arahku,usianya 1 tahun tp fizikalnya agk kecil. dia agk manja dgnku, suapkan aku biskut n duduk di ribaku,aku outomatik teringat akan ankku Qurratul Ain,kalo lah anakku ade bersamaku,tentu dia juga akn sepeti Rafiq,hmm, seperti Rafiq mengerti bahwa aku merindui ankku itu seperti ank pempuan arab juga memahami keadaanku,bersimpati akan nasibku.mahu saja aku meraung kat situ tetapi aku tabahkan hati,kupujuk hati ini bahawa penderitaan ini akan berakhir cuma aku perlu sabar dan tawakkal kpd Allah. ini merupakan tarbiyyah drpd Allah untuk meningkatkan lg keimanan kpdNya.