Rabu, 4 Ogos 2010

DEDIKASI BUAT PUTERIKU QURRATUL AIN


Tanggal 8 Julai 2009 tarikh keramat


Lahirmu suci bersih dengan linangan airmata

Tanda syukur ke hadrat Ilahi

Anugerah dan amanah dari Allah

Qurratul Ain nama yang indah

Penyejuk hati Umi dan Abi

Apakan daya Qurratul Ain suka menangis

Tangisannya mendayu-dayu

Bersama alunan ayat-ayat suci Al-Quran

Umi bingung knapa puteri umi menangis

Umi sabar menjagamu sayang

Umi korbankan pembaringan umi dalam pantang

Umi risau kalau-kalau Qurratul Ain tidak berhenti menangis

hentinya tangisan tanda dirimu dibuai mimpi

Apa yg Umi kesalkan engkau jatuh dari buaian

Itu sudah ditakdirkan

Waktu itu umurmu tidak sampai sebulan

Umi hampir pengsan

Umi menangis sepanjang hari

Syukur Qurratul Ain tak apa-apa

Qurratul Ain terus membesar

Waktu 2 bulan sudah pandai menegur

Gemarnya masih menangis tp tidak seteruk dahulu

Malam-malam menjadi siangnya

Siang-siang menjadi malamnya

Tp Umi tetap redho dengan keadaan itu

Kerana Qurratul Ain adalah amanah Umi

Qurratul Ain juga ujian buat Umi

Umi kene jauhkan perasaan marah umi

Mana tegar seorang ibu memarahi anaknya

Umi sabar melayanmu walaupun umi sangat mengantuk

Puteriku, sekarang Umi bangga denganmu

Qurratul Ain puteri yg pintar

5 bulan sudah pandai merangkak

Sudah pandai melihat buku cerita

Sudah pandai memahami arahan umi

Sudah pandai memprotes tanda tidak puas hati

Umi tidak jemu mengajar

Harapan Umi supaya Qurratul Ain menjadi seorang ilmuan cendiakawan

Harapan Umi dan Abi supaya menjadi hafizah

Kini kita satu keluarga berjauhan sayangku

Umi di Ardil Kinanah, Abi di Kuala Trengganu

Manakala Qurratul Ain di setiu

Maafkan Umi sayang

Terpaksa tinggalkanmu

Terpaksa tinggalkan pembelajaran kita di rumah

Umi mengejar cita-cita sayang

Untuk kebahagian di hari muka

Untuk dicurahkan kepadamu

Detik ini....Umi sangat rindukan Qurratul Ain