Isnin, 29 Mac 2010

Ulumul Quran: Kisah/berita yang terkandung di dalam Al-Quran

Sesungguhnya Al-Quran itu mencakup segala ilmu dan sesuatu. Al-Quran itu tidak dapat dihitung keajaiban-keajaibannya.di dalamnya disebutkan keajaiban para makhluk,kerajaan langit dan bumi,apa yang ada di ufuk dan di bawah bumi,permulaan penciptaan,nama-nama rasul-rasul dan malaikat yang terkenal,berita tentang umat-umat yang terdahulu,seperti kisah Nabi Adam dengan iblis dan Adam dikeluarkan dari syurga,tentang anak lelaki yang bernama Abdul Harith, Nabi Idris diangkat ke langit,kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan, kisah kaum 'Ad yang pertama dan kedua,kisah kaum Tsamud dengan seekor unta,kaum Nabi Yunus, kaum Nabi Syuaib dan umat terdahulu dan yang akan datang,kaum Nabi Luth,kaum Tubba' kisah penduduk Rass,kisah Nabi Ibrahim berdebat dengan kaumnya dan Namrud,kisah Nabi Ismail dan ibunya ditinggalkan di Makkah,pembangunan kota Makkah,kisah penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim,kisah Nabi Yusuf yg sangat terperinci,kisah Nabi Musa dihanyutkan di sungai Nil ,pembunuhan seorang Egyptian,perjalanan Nabi Musa ke Madyan dan pernikahannya dengan seorang putri Nabi Syuaib,dialognya dgn Allah Taala di gua Thur,kedatangannya kepada Firaun,keluarnya dari Mesir dan musuh-musuhnya ditenggelamkan ke dalam Laut Merah,kisah anak lembu@sapi dan pengikutnya yang belot dan kemudian disambar petir,kisah orang yg terbunuh dan penyembelihan seekor lembu betina,kisah Nabi Musa bersama Khidir,kisahnya berperang dgn raja-raja yang derhaka,kisah kaum yang berjalan di fatamorgana sehingga sampai ke China,kisah Thalut dan Daud bersama dengan Jalut serta fitnah yang terjadi,kisah Nabi Sulaiman bersama dengan Ratu Saba' ,kisah kaum yang lari daripada penyakit taun kemudian Allah matikan mereka dan menghidupkan mereka kembali, kisah Dzul Qornain dan perjalannya ke tempat terbenam dan terbitnya matahari,pembangunan tembok,kisah Nabi Ayyub,Nabi Dzulkifli,Nabi Ilyas,kisah Maryam dan proses dia melahirkan Nabi Isa,kisah Nabi Isa dan pengutusannya serta diangkat ke langit,kisah Nabi Zakaria dan anaknya Yahya,kisah Ashhabul Kahfi,kisah para penduduk Raqim,kisah Bukhtunashir,kisah dua orang lelaki yang salah seorangnya memiliki kebun,kisah para penghuni syurga,kisah keluarga Yasin yg beriman dan kisah pasukan bergajah. juga disebutkan tentang Rasulullah SAW adalah doa Nabi Ibrahim denganya,khabar gembira dari Nabi Isa,pengutusannya dan hijrahnya. Tentang peperangan-peperangan antaranya ekspedisi Ibnul Hadrami di dalam surah al-Baqarah,perang Badar dlm surah al-Anfal,perang Uhud dlm surah Ali-Imran dan perang Badar Sughra,perang Khandak dlm surah al-Ahzab,perang Hudaibiyah dlm surah al-Fath,perang Bani Nadhir dlm surah al-Hasyr,perang Hunain dan Tabuk dlm surah Bara'ah,haji wada' dalam surah al-Maidah,pernikahan Rasulullah dengan Zainab binti Jahsy,protes isteri-isteri Rasulullah kepada Baginda,kisah tentang ifki (berita bohong),kisah isra',terbelahnya bulan dan sihir yang dilakukan Yahudi terhadap Baginda.

Rabu, 24 Mac 2010

Bila bayi demam,apakah yg perlu dilakukan?

Bila badan si kecil panas


Bayi anda merengek lagi. Kali ini bukan kerana lampinnya basah tetapi kerana badannya makin panas. Anda cuba membasahkan kain dan mengelap ubun-ubunnya. Namun, bayi terus merengek.



Tiada jalan lain, anda perlu berjumpa doktor. Nampak mudah tetapi sebenarnya anda juga perlu mengetahui apa yang berlaku kepada bayi. Ikuti panduan di bawah.


Demam

 

Umumnya, demam dilihat sebagai cara tubuh mempertahankan diri daripada serangan penyakit yang diakibatkan oleh virus, bakteria atau fungi. Tidak kurang pula, demam dikaitkan dengan perubahan yang berlaku pada tubuh seperti pertumbuhan gigi.




Oleh itu, demam panas disifatkan sebagai sebahagian daripada kehidupan. Biarpun demam panas pada kanak-kanak boleh dirawat tetapi ia boleh menyebabkan masalah tertentu jika tidak dirawat sebaik mungkin. Kebanyakan penyakit yang mengancam kesihatan bayi bermula dengan demam. Demam panas boleh menyebabkan kekejangan tubuh bayi atau kanak-kanak dan hal ini pasti mencemaskan ibu bapa.



Suhu

 

Apa yang sepatutnya anda lakukan sekiranya anak mengidap demam? Paling awal sebelum anda berjumpa dengan doktor, ukur suhu badan bayi dengan menggunakan termometer. Lihat sama ada suhu badan bayi anda naik melebihi suhu normal (sekitar 37°C). Sekiranya suhu badan mencapai 41°C, adalah lebih baik sekiranya anda membawa bayi berjumpa doktor.


Bagaimana pula caranya untuk menggunakan termometer?

 

Sebaiknya anda mengambil suhunya dengan meletakkan termometer di ketiaknya. Pastikan anak tenang, setengah jam sebelum anda mengambil bacaan suhu. Kerana bayi yang menangis dan meronta akan menyebabkan suhunya meningkat lebih tinggi.




Pakaian nipis

 

Seterusnya pakaikan pakaian yang nipis. Pakaian yang nipis membenarkan pelepasan haba tubuh ke persekitaran. Jika perlu gunakan kipas angin atau pendingin udara tetapi jangan halakan ke tubuh bayi. Memandangkan demam menyebabkan kehilangan air dalam badan melalui kulit, anda digalakkan memberi


anak minum air yang secukupnya secara beransur-ansur. Rendahkan suhu badannya dengan menuam kepalanya menggunakan kain basah.



Elak bayi tidur sendirian

Pastikan anda atau suami bergilir-gilir menjaganya untuk memastikan suhu badannya stabil. Biasanya suhu badan anak akan meningkat ketika dia tidur. Jadi, pastikan dahi dan tubuhnya dilap dengan kain basah hinggalah suhu badannya pulih. Kelalaian anda mungkin boleh mengundang akibat buruk jika dia mengalami kekejangan tanpa anda sedari!


Kejang

Demam panas boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan. Ini biasa berlaku pada bayi yang berusia antara enam bulan hingga lima tahun. Usah cemas, anda sendiri boleh menangani masalah ini di rumah (melainkan keadaannya sukar dikawal).

Tanda kejang


*Tubuh kaku, rahang dan tangan kekejangan dan riak wajah berkedut.


*Bola mata berputar ke belakang.


* Keluar air liur.


*Pengsan (kadang-kadang)

Apa yang perlu anda lakukan?


*Baringkan tubuh anak di atas permukaan yang lembut, tetapi jangan menghalang pergerakannya.


*Jika anak muntah, tundukkan kepalanya ke sisi untuk mengelakkannya daripada tersedak.


*Biarkan mulut anak bebas dari menggigit sesuatu.


*Turunkan suhu badan anak dengan mengelap menggunakan kain basah atau mandikannya.


*Longgarkan pakaian anak.


*Jika nafas berhenti, berikan bantuan pernafasan.


*Setelah kekejangan berakhir, berikan anak minum air sejuk (bukan berais)

Peringatan: Jika sekiranya kejadian tersebut berterusan atau anda tidak yakin dengan kesihatannya, segera bertemu doktor untuk rawatan selanjutnya.

Selasa, 23 Mac 2010

Betapa susahnya untuk menjadi isteri yg taat!

Sebagai wanita muslimah,adalah menjadi kewajiban kpd kita untk taat pd suami,itu adalah perintah drpd Allah. Taat adalah untk kite menempah tiket ke syurga,ttpi malangnya ramai yg susah untk taat pada suami.Hatta isteri yg tahu agama pom masih ramai yg tidak taat pd suami,maksudnya tidak lah menderhaka tetapi selalu melanggar arahan dan nasihat suami.Patutlah Rasulullah selalu berpesan kpd muslimah agr taat pd suami untuk beroleh ganjaran syurga,rupa-rupanya susah sekali untuk laksanakannya.Apa yg penting,keredhaan suami.Suami yg sentiasa meredhoi isterinya akn memberi ketenangan buat isteri. kadang2 suami melarang iseri dlm hal yg kecil shj,cthnya isteri hendaklah boikot barangan Yahudi& Amerika,isteri pula dah selalu@biasa dengan barangan yg diboikot jd timbullah prtembungan antara arahan suami dan kehendak isteri.Bg isteri2 di luar sana,berlapang dadalah, dirimu telah menjdi hak suami jd patuhlah segala arahan suami,suami selalu berfikiran jauh untuk kebahgiaan akn dtg juga untuk melahirkan zuriat yg berkualiti di masa akan dtg.wallahua'lam

Isnin, 22 Mac 2010

Today is my birthday!!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih lg bg peluang menghirup udara@oksigen di bumi ini,syukur,syukur,syukur....
Aku yg dah bertambah usia,menginjak 25 tahun masih lg kurang segala-galanya,ntahla,mmg kita xdapat lari dr membuat dosa tp selagi hayat masih ada,pintu taubat terbentang luas,peluang mensuci diri masih dibuka tanda Allah Maha Pemurah trhdp hmbanya,mg aku sentiasa dlm golongan orang2 yg beruntung,amin
Bila nm je hari jadi,trkenang bende2 yg indah,mcm aku,aku nak hubbyku buat something special tuk aku,buat surpise,tp kami berjauhan,hadiah special sekadar ecard,tp tu dah memadai bg aku,aku xmintak lebih,mempunyai suami sebaik dia sudah dikira hadiah hari jadi!!!
kepada suamiku yg trcinta,terima kasih tidak trhingga krn selalu menyokong diri ini untuk teruskan hidup,hidup sendirian di bumi ardil kinanah,bnyk menguji kesabaran,hanya doa menjadi penghubung cinta...aku akn terus setia dgn cinta ini,Alhamdulillah Ya Allah!!!

A Greeting card for hatimu untukku sygku from hatiku untukmu sygku

A Greeting card for hatimu untukku sygku from hatiku untukmu sygku

A Greeting card for sygku tercinta from abg merinduimu

A Greeting card for sygku tercinta from abg merinduimu